Search This Blog

Monday, July 13, 2009

Romantik? 2


Lalu saya katakan kepada teman saya, “itu Cuma apa yang aku mampu buat pada masa itu, kau tentu boleh buat lebih kreatif. Aku cuma membuka jalan idea untuk kau jadikan panduan. Aku bukanlah yang terbaik, tapi kalau kau boleh ambil sebagai contoh, ambillah, kalau kau rasa tak, janganlah ambil”

Rakan baik saya mengangguk2 mendengar penjelasan saya. Oh, terasa seperti sudah terlalu dewasa untuk berbicara tentang perkara ini. Tergelak sendirian dalam hati.

“Tapi, jangan hanya mengharap dia sahaja bertindak romantic. Lakukanlah sesuatu juga agar suami gembira denganmu. Kau juga yang cakap korang dah semakin sunyi, hambar, sepi. “

“Maksud kau?”

Setakat usia perkahwinan aku yang 3 tahun je ni, aku dapat sedikit info ttg orang lelaki ni. Mungkin tak semua, tapi segelintirnya, mungkin termasuk pasangan kita juga, lebih memikirkan ttg perkara2 besar setelah berkahwin.”

“Contoh?”

“contohnya, kewangan bulan ini. Hal2 kerja. Hal2 selain hal2 remeh seperti masa coupling dulu. Fikiran diorang lebih focus kea rah yang lebih berat. Mungkin sebab itu kita rasa diorang hilang sentuhan romantic. Mungkin. Tapi tak semua begitu.”

“so, macam mana? Takkan nak biar je kita makan hati?”

“kau kena mulakan dulu. Jadi romantic. Jangan terlalu ikut rajuk. Suami balik je, kena layan rajuk kita. Cuba bayangkan kalau kau jadi suami, balik2 je kena layan isteri merajuk. Kau suka ke? Mestilah tak kan. Permulaan yang baik, pasti ada kesinambungan yang baik. Biar kita mulakan dulu, dia pasti akan hargai. Percayalah, bila kita buat dia gembira, kita pasti lebih gembira daripanya.”

Saya bercakap melalui pengalaman. Walaupun Cuma pengalaman orang muda, tapi, ia pengalaman yang cukup bererti untuk dihargai dan diambil iktibar daripadanya. Imbas kembali ketika sudah bergelar isteri dan kami berdua masih sama2 menuntut di kampus. Suami mempunyai sebuah motor. Satu malam, suami ada meeting, kebetulan saya ‘terserempak’ dengan motor suami, lalu saya tuliskan nota dan saya selitkan pada motor itu. “ooo dating ye, don’t forget to call me when u finish” lebih kurang macamtu lah. Hasilnya, setelah saya balik ke asrama saya, saya mendapat sms drpd suami mengusik saya ttg nota itu. Dan saya pasti, dia gembira dengan nota ringkas itu. Bukannya tidak boleh sms memesan dia suapaya menelefon saya nanti, tapi, saya rasa, dengan nota itu, lebih sweeeeeet ….. selepas mendapat nota itu, moodnya lebih luar biasa ceria. Rasa lebih mesra berbual dengannya. Dan saya rasa luar biasa gembira dengan apa yang berlaku.

Itu hanya serba sedikit nasihat saya kepada teman. Kenapa saya memuatkannya di blog ini? Kerana baru2 ini, ketika cuti semester, ramai teman saya yang sudah berkahwin mahupun berpacaran. Dan, ada juga dua, tiga daripada teman saya yang sudah berkahwin mengadu perkara yang sama kepada saya. Macamlah aku ni kaunselor huhu. Untuk yang sudah berkahwin, mungkin boleh mengambil contoh masalah teman saya yang satu ini sebagai iktibar. Untuk yang sedang berpacaran, jadikanlah kisah teman saya ini sebagai peringatan bahawa alam perkahwinan dengn bakal pasangan anda kelak tidak selalunya tenang. Senantiasa ada geloranya. Dan kita perlu mengemudi dengn berhati-hati. Jangan terlalu mengharap suami untuk memulakan, kita juga perlu memulakan sesuatu yang baik.

Saya bukanlah yang terbaik, saya Cuma bercakap melalui pengalaman yang cetek serta mengulangi nasihat orang lain kepada saya. Seperti yang saya katakana tadi, usia perkahwinan saya pun masih terlalu muda. Tapi saya berharap, usia yg terlalu muda ini diselitkan dengan kematangan dalam mengemudi pelayaran kami. Pengalaman saya bukanlah yang sempurna, tapi sekiranya ianya membantu, saya gembira. Apa yang penting, semuanya bermula dari niat. Semoga semuanya berlandaskan niat yang betul, kerana Allah…….

Saturday, July 11, 2009

Romantik?

Romantiknya!!!

“ Hmmm… susah…”

“Apa yang susah?” Tanya saya.

“ sudah 2 tahun, tapi, makin renggang, makin bisu, makin sunyi,” keluhnya lagi.

“aku tak fahamlah, cuba kau cakap jelas sikit.” Tanya saya lagi.

“Entahlah, aku dah kahwin dengan dia, hampir 2 tahun, tapi, dalam 2 tahun ni, dia macam makin berubah…”

“berubah macammana tu?” soal saya lagi. sekadar mengikut rentak perbualan.kasihan mendengar keluhan rakan baik saya sendiri.

“masa bercouple dulu, romantic je, tolong bukakan pintu, tolong belikan makanan, tiap kali birthday, valentine, atau apa2 hari special dia bagi hadiah. Kalau SMS, call, sembang berjam-jam. Macam-maca,m tajuk cerita. Tapi sekarang…semua dah berubah. Dia dah tak romantic macam dulu, dah tak macam masa kami couple. Aku stress, sebab, ye lah, kau pun faham ,sama2 perempuan macam aku, hati lembut sangat. Mahukan perasaan disayangi itu selalu ada.”

Saya terdiam mendengar penjelasan panjang lebarnya. Dia mengadu kepada saya yang juga sudah berkahwin, tapi usia rumahtangga baru mencecah usia 3 tahun lebih, umur pun lebih muda.

Saya mengusap bahunya, memujuk. Nampak terlalu berat masalah kehilangan romantic itu kepadanya. Tiba-tiba dia bertanya.

“kau pun dah kahwin kan? Lebih lama dari aku kan? Macamana rumahtangga kau? Masih romantic macam masa coupling dulu ke? Share lah sikit tip2 yang kau ada….yang boleh share lah. Aku betul2 stress sebab benda ni, walaupun orang lelaki pandang remeh, tapi, aku tak pandang remeh, sebab melibatkan kebahagiaan aku dan suami aku. Aku tahu, suami aku pun stress melayan karenah aku yang suka merajuk, marah2 tak pasal2. Tapi itu semua sebab dia dah berubah…” wajahnya masih layu memandang saya.

Sampai ke peringkat ini, saya jadi terkedu. Terkedu sesungguh-sungguhnya. Sebab, zaman sebelum berkahwin saya tidak dihiasi dengan istilah coupling. Kami seboleh-bolehnya menjaga diri kami. Bukanlah terlalu sempurna penjagaan itu, tapi, kami berusaha menjaga pergaulan. Seingat saya, tidak ada hadiah yang disogokkan oleh suami saya sewaktu kami belum sah berkahwin. Cuma sekeping kad harijadi. Itulah yang saya ada sehingga sekarang. Satu-satunya. Sebab, pada tahun berikutnya, kami sudah sah mnjadi suami isteri. Makan bersama, pun ada orang yang meneman. Saya masih ingat, ada satu ketika, saya sangat2 terdesak untuk keluar ke bandar, ada urusan urgent. dia yang masih blum sah menjadi milik saya menawarkan diri untuk menghantar. Saya mengajak seorang teman, saya dan teman berdua duduk di belakang, suami saya berseorangan memandu. Bila diingat2kan kembali, saya boleh tersenyum.

Anyway, itu cerita sebelum kahwin, segalanya manis, sampaikan masuk kelas, nampak beg si dia pun sudah berbunga-bunga hati ini.entah apa2 ntah!

Setelah kahwin, saya fikir, aya pun ada sedikit sindrom yang menimpa kawan saya itu. Malah sehingga ke hari ini. Tapi, saya cuba untuk memahamkan diri saya yang kami masih dalam proses mengenal diri masing2, banyak lagi yang perlu kami biasakan. Mungkin saja sebelum kahwin kita melihat apa saja yang pasangan kita buat itu sebagai romantic. Tapi, selepas kawin, perkara itu kelihatan biasa. Ya, takkanlah nak berSMS dengan suami sendiri di dalam rumah. Tapi, saya dan suami kadang2 berSMS juga di dalam rumah. Itu bila timbul gila hehe. Rasanya, kalau pasangan kita tidak memulakan untuk romantic, biarlah kita yang mulakan.tak ada salahnya, kau menyayanginya, dia menyayangimu, tidak timbul soal ngada2 kan?

“ Tapi, aku agak tak boleh terima bila birthday aku dia lupa, jangankan hadiah, ucapan birthday pun takde.” Keluhnya lagi.

Saya tersenyum. Saya teringatkan suami, dia bukannya rajin mengingati tarikh2 ni. Itu, saya terpaksa terima. Apa yang saya lakukan supaya saya sendiri tidak kecewa? Saya membuat reminder di HP suami pada malam tarikh birthday saya, “it’s your beloved wife’s btday 2morrow, don’t forget to wish me”. hasilnya dia memang benar-benar menngucapkan selamat harijadi kepada saya. Pernah juga saya terkilan sebab tidak diberikan hadiah pada harijadi saya. Kalau mahu ikutkan hati, ingin saja saya merajuk berminggu-minggu, tapi apa kebaikkannya. Lalu apa yang saya buat untuk mngubat hati yang rajuk? Saya suruh suami buatkan kapal terbang kertas. Sepasang. Daripada kertas berwarna biru dan pink. Terkial-kial dia melipat kapal terbang kertas untuk saya. Dia Tanya, untuk apa kapal terbang kertas itu? Kata saya, buat je lah….. saya tidak beritahu dia, itulah hadiah harijadi saya, yang masih saya simpan sehingga hari ini. Walaupun sudah 2 thn berlalu. Tanpa saya sedari, semua itu memberi perasaan romantic pada diri saya. Who cares about my husband. Yang penting saya gembira.

Pernah juga saya suruh husband belikan saya gula-gula ketika bday saya. Kerana pada ketika itu juga dia lupa ttg bday saya. Kulit gula-gula itu akhirnya saya jadikan bahan penghias frame gambar buatan sendiri yang saya letakkan gambar saya dan dijadikan hadiah harijadi buat suami tercinta. Dan dia sangat menggemarinya. Sampai sekarang dia menganggapnya sebagai harta persendirian. Itulah idea2 yg mmberi kesan romantic kepada saya. Kerana ketika itu kami masih student, so, tiada wang untuk makan candlelit dinner di restoran mewah hehe. Tapi cukup bermakna untuk dikenang.

To be continued…

Tuesday, June 23, 2009

Itu bukan tarian suku Kadazan, itu tarian suku Iban. (No offfence)


Tidak pasti bila kejadian ini berlaku. rasa-rasanya baru petang semalam. Si kecil Muhammad Idris sedang menari-nari entah tarian apa-apa ntah mengikut rentak lagu iklan di tv. bila di amat-amati, tarian itu serupa dengan tarian suku kaum iban di Sarawak. tiba-tiba MakSu nya tergelak dan menyebut. "macam tarian kadazan je". mungkin kerana saya punya darah Kadazan/dusun Sabah, terkucil sedikit hati ini.
Bukan kecil hati, tapi, lebih kepada mahu membetulkan fakta. dalam hati, terjerit-jerit " itu bukan tarian suku kadazan, itu tarian suku Iban!". terlebih emosional pulak hehe. Tapi, saya tidak membetulkan fakta itu kerana malas untuk bersuara. Membiarkan saja fakta itu terpesong. Tidak mengapa, itu tugas Datuk Rais, bisik hati kecil saya.

sebenarnya, pemesongan fakta, atau kesalah fahaman fakta jenis2 macamni sering berlaku sejak dari dulu. Saya bersekolah menengah di Perlis sejak tingkatan satu. ketika berada di Perlis, jangankan fakta tentang tarian, tentang negeri kelahiran saya pun menjadi satu fakta yang yang di salah fahami oleh pelajar2 sekolah saya. " Kamu dari Sarawak bah?" tanya mereka. bukan saja tersilap negeri, perkataan bah yang digunakan oleh mereka pun, salah penggunaannya.

Terasa terbuli, terkecil hati, termarah, seribu satu perasaan marah muncul ketika itu. saya salah mentafsir keramahan mereka ketika itu kerana apa yang muncul pada fikiran saya hanyalah, " mentang2 sia orang Sabah, pandai2 jak kamurang hina sia." fikiran budak tingkatan satu...belum matang... apatah lagi sebelum pemergian saya ke Perlis, saya disogokkan oleh cerita2 daripada orang2 kampung tentang bagaimana buruknya orang semenanjung melayan pelajar2 yayasan Sabah ketika waktu mereka dulu.

sbenarnya, saya tidak perlu berburuk sangka, saya hanya perlu membetulkan fakta dan teruskan hidup dengan keramahan mereka yang curious tentang keunikkan Sabah dan rakyatnya. sepertimana saya perlu membetulkan fakta yang tarian yang ditarikan oleh Muhammad Idris itu bukan tarian Kadazan, tapi, tarian Iban...

Friday, June 19, 2009

Merindui SAHABAT

Merindui SAHABAT.

It’s nearly 12:oo am. But my eyes are still refusing to allow me to sleep. Entahlah, sejak akhir-akhirni, susah melelapkan mata. Insomnia barangkali. Hmmm…(mengeluh tapi, bukan mengeluh) insomnia pernah menjadi musuh yang melekat dengan saya satu ketika dahulu, tapi kini kembali lagi. hilang nikmat tidur. Betapa saya sangat menghargai ayat ‘Fabiaiyi aalaa i rabbikumatukadzibaan’ (ArRahmaan) kini.

Sungguh, cuti yang panjang ini membuatkan otak saya berkarat, bertagar, badan jadi letih lesu. Kadang-kadang stress! Mungkin sebab terlalu biasa dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. Macam mndapat satu kejutan pula sebab selama ini terlalu dibiasakan dengan bahan2 ilmiah dan assignments, rushing to meet the dead line, lectures, dan SAHABAT. Meninggalkan UIA bermakna meninggalkan SAHABAT2 yang terlalu banyak member sumbangan dalam hidup ini.

Sama juga kebosanan yang saya alami ketika meninggalkan SMKAP dulu. Tapi, dulu, walaupun SMKAP saya tinggalkan (bersama linangan air mata yang seolah-olah menangisi kematian!) saya tetap punya SAHABAT yang menunggu di kampung halaman. Masih boleh berhuhahahaha dengan pelbagai aktiviti. Tapi, bila meninggalkan UIA, entah kenapa, perasaan lain macam, seperti terputus hubungan dengan SAHABAT. Walaupun, bukan terputus sebenarnya, kerana tiada siapa yang berniat untuk memutuskan perSAHABATan. Tapi, since everybody have their own life, works, jobs, careers. Semua bz memulakan cabaran hidup sebagai orang dewasa yang baru melangkah ke dunia baru. Ya, BUSY itulah musuh SAHABAT barangkali. Teringat saya ketika hari-hari terakhir bergelar pelajar UIA. Di sana-sini kedengaran janji2 SAHABAT, “takpe, friendster/facebook/email/sms ade. Kite still leh contact” tapi sekarang, janji tinggal janji, (termasuk diriku!) smuanya kerana sibuk dengan hidup baru.

Sungguh, saya sangat merindui SAHABAT2 saya. Seringkali saya cemburu dengan kenangan2 lama yang hadir. Kenangan2 inilah yang membuatkan saya tiba2 terbuat one stupid wish (saja layan perasaan dikala insomnia menghalang tidur) iaitu, “I wish, I have a chance to be with my SAHABAT in 4 different times, one day per each times. Satu hari di zaman sekolah rendah, satu hari di zaman sek.men, satu hari di zaman, matrik, satu hari di zaman UIA” mungkin hanya angan2 saja, tapi itulah yang terhasil daripada merindui SAHABAT.one stupid wish…

Sister in Islam, From Zauji

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pada minggu yang lepas, bergemanya suara yang mengatakan "keluarkan fatwa haramnya Sister In Islam (SIS)". Sehari selepas suara itu bergema, berlaunganlah perlbagai suara diMalaysia. Ada yang mencaci suara yang ingin mengharamkan SIS dengan mengatakan mereka "bacul". Ada yang bersuara lantang menyokong pengharaman SIS. Ada yang lebih dasyat dengan mengatakan SIS parti kuffar. Macam-macam suara kedengaran. SIS sendiri tidak melepaskan peluang bersuara menegakkan pandangan mereka.

Mari kita melihat kejadian ini dengan kacamata Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Pertama, memang wujud kesalahan dalam idea SIS seperti membatalkan poligami kerana tidak lagi boleh diamalkan dizaman sekarang. Mereka juga menyangkal hukum faraid dengan mengatakan itu semua tidak releven dengan zaman kita.

Kedua, tidak boleh juga kita hanya berdiam diri atau "buat bodoh" dengan sebahagian idea atau perjuangan SIS yang benar seperti mereka perjuangkan hak isteri dalam perceraian yang diambil mudah oleh sebahagian Ulama Islam. Hinggakan dalam satu ceramah di UIA yang disampaikan oleh seorang Profesor dari Timur Tengah yang mengajar dikuliyyah Shariah mengkritik keras sistem mahkamah Malaysia yang mengabaikan wanita dalam pelbagai hal. Adakah perjuangan atau idea ini salah?

Ketiga, tidak boleh dalam hukum Perundangan Islam mengisytiharkan satu-satu individu atau pergerakan sebagai kafir atau menyeleweng tanpa perbicaraan. Ali r.a telah dinasihatkan oleh Rasulullah untuk tidak membuat keputusan sehingga mendengar hujah dari kedua belah pihak. Kenapa tidak dipanggil SIS untuk perbicaraan? Kenapa takut untuk berhujah dengan SIS? Jangan hanya berani mengatakan orang kafir dibelakang tabir. Inilah sikap orang munafik yang hanya berani dibelakang Nabi tetapi didepan nabi seperti memijak semut, semutpun tak mati.

Keempat. tidak boleh orang awam, samaada melalui percakapan atau penulisan, menuduh seseorang atau pergerakan sebagai kafir selagimana mereka belum diputuskan kafir oleh mahkamah yang sah. Nabi berkata: "jangan seorang Muslim menuduh muslim yang lain sebagai kafir (tanpa bukti) kerana jika muslim (yang dituduh itu) tidak kafir, maka kafir itu akan jatuh pada yang menuduh..." (Muslim)

Kelima, hendaklah dibezakan antara menyeleweng dengan kafir. Mereka yang menyeleweng tidak semestinya kafir. Sebab itulah tiada ulama Ahlu Sunnah Wa Al-Jamaah yang akan mengatakan pergerakan Syiah sebagai kafir selagimana tidak wujud bukti yang kukuh dan sah. Setakat Syiah yang menyatakan bahawa hanya Ali imam yang sah, itu baru menyeleweng selagimana mereka tidak mengatakan Ali seperti Nabi (sepertimana yang terjadi dalam sesetengah golongan Syiah). Hanya pergerakan Khawarij yang mudah mengkafirkan manusia tanpa dalil dan bukti.


Telah banyak tulisan yang lalu yang menyangkal idea SIS seperti aurah, hak wanita etc. Tetapi tidak pernah aku berkata mereka ini kafir kerana selagimana mereka tidak dibicarakan, tiada siapa boleh menjatuhkan hukuman kafir pada mereka. Ingin juga ditegaskan disini, bahawa idea mereka ada yang bercanggah dengan Al-Qur'an dan Al-Sunnah yang jelas. Tetapi ada juga idea mereka yang benar dan hak. Aku tidak menyokong mereka maupun membela mereka. Tetapi aku membela hukum Islam yang jelas bahawa hukuman tidak boleh dijatuhkan pada sesiapa tanpa perbicaraan. Tidak kira hukuman menyeleweng maupun kafir.

Hanya Allah yang tahu.

Saturday, June 13, 2009

akhirat? dunia?

Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Al-an’am:32.

Today, when I was reading the Holy Quran, I came across with this verse. Subhanallah… terdiam seketika, berfikir tentang indahnya maksud ayat ini. Sebagai manusia, yang memang fitrahnya diciptakan dengan sifat pelupa, kita memang sering terlupa dengan janji-janji Allah. Sungguh, saya juga termasuk dalam golongan pelupa ini. Kadang-kadang, ada sesetengah perkara, bahkan banyak perkara yang hadir dalam dalam hidup ini seringkali mendatangkan ketidakpuasan hati. Perkara-perkara yang lebih kepada ujian ini melemahkan saya, kadang-kadang saya jadi ‘jatuh’ sampaikan seolah-olah dunia inilah my ultimate goal, lantas membuatkan saya lupa bahawa di sanalah tempat tujuan yang teratas. Kadang-kadang saya gagal mentafsir ujian-ujian hidup ini dengan hikmah yang Allah telah sediakan. Kenapa tidak aku redha sahaja dengan ketentuan ini, kerana dunia ini hanya satu tempat persinggahan, sedangkan akhirat menanti dengan sejuta kemanisan bagi siapa yang bertakwa. Astaghfirullah al a’dzim… hambamu lalai ya Allah.

Tuesday, June 2, 2009

Fabiaiyi alaa i rabbikumatukadzibaan...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?!

Salam....

Moga aku dan mereka berada di bawah lembayung rahmat dan keampunanan-Mu Ya Allah... Sebagai manusia, mengapa kita selalu lalai dan mensia-sia kan nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita.

Fabiaiyi alaa i rabbikumatukadzibaan...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?!

petikan daripada Surah Ar-Rahman ini benar-benar terasa seperti menempelak diri saya...

Sungguh. Ayat ini pendek, tetapi cukup mendalam maksudnya...

Semoga saya tidak berada di kalangan orang yang berterusan mendustakan nikmat Allah...