Search This Blog

Wednesday, December 1, 2010

Ilmu dalam perbincangan.


Isteri : Abang, saya rasa saya nak cari kerja lain lah.... tempat kerja saya sekarang tak secure.

Suami : Kenapa sayang?

Isteri : Sebab, BOSS nak kurangkan pekerja kontrak untuk menaikkan gaji pekerja lama.

Suami : Ok je, abang tak kisah kalau awak tukar kerja. Hmm... try chambering? Ataupun kerja-kerja bahagian administration ke...kerja-kerja office ke... you ada kelayakan kan?

Isteri : Ishh. Taknaklah kerja-kerja macam tu, kalau saya tak suka macam mana? Hmm.. tapi kan, sayang pula nak tinggalkan kerja mengajar sekarang ni kan? walaupun status tak secure lagi.

Suami : Sayang, first thing you must know is, abang tak pernah paksa isteri abang untuk berkerja, ISLAM sendiri cuma mengharuskan seorang isteri untuk berkerja, BUKAN MEWAJIBKAN. So, tak perlu nak serabutkan otak untuk berfikir tentang hal ini.

lagipun, dari dulu, abang pernah cakap kan, you kerja ke tak kerja ke, abang tak kisah...

Isteri : I know...tapi, kita kan kena bayar bil-bil, rumah etc... so, saya kena lah juga kerja...

Suami : I appreciate it, but... listen here, you takde kewajipan untuk berkerja, so enjoy it. I mean, abang tak kisah kalau awak tukar-tukar kerja, cari pengalaman, cari suasana baru, gaji berapa banyak pun takpe, sebab awak tak perlu menanggung rumah tangga ni. Abang yang pegang tanggungjawab tu semua kan? yang penting, you pandai bahagikan masa untuk family kita. At the same time, abang sangat appreciate bantuan sayang dalam hal-hal ekonomi kita.

Isteri : Hmmm... tapi kan, kesian pula kat budak-budak kalau saya kerja bahagian office, mesti lagi sibuk. Dah langgar tanggungjawab sebagai seorang ibu la pula.

Suami : sebab itu, abang suruh cari kerja yang bersesuaian... kita pula sekarang ni, mengikut zaman, abang galakkan awak kerja, tapi tak paksa. sebab, if anything happen to me, sekurang-kurangnya sayang ada income sendiri, NEGARA KITA BUKAN NEGARA KEBAJIKAN, bukan macam zaman kegemilangan Islam dahulu, yang mana isteri dan ibu tunggal dibantu.

Kalau nak kata sibuk itu mengganggu urusan rumahtangga, Rasulullah dan Khadijah sendiri merupakan insan2 yang paling sibuk, tetapi rumahtangga dan anak-anak mereka tetap mantap. Pasti ada resepinya di situ, kita cuba gali bersama-sama.

Isteri : Hmm...

Suami : LAgi satu, cuba elakkan perkataan 'unsecured'. Sebab, bukan boss kita yang memberi 'secure' itu kepada kita. Jangan sandarkan 'secure' itu kepada boss kita, sebab, ALLAH YANG MEMBERIKAN SECURE ITU KEPADA KITA, WALAU MACAM MANA PUN ORANG NAK BUANG KITA, TAPI KALAU ALLAH KATA TIDAK, TAKDE SIAPA YANG BOLEH UBAH. Itu IMAN, QADA' DAN QADAR, remember?

Isteri : Yup. Thanks...Alhamdulillah... ada manfaat ilmu dalam perbincangan kita.

Kerja Dalam Islam....di manakah kita?


Tuesday, 30 November 2010 8:16:18
Kerja di dalam Islam
...
From:
OC
...
View Contact
To:abby ; Khairunisa Ahmad Affandi ; aiman ; amar_bohari@um.edu.my; Nurul Fatehah Ansari ; aqilah ; megat armia ... more

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.
Jawatan
Ketika Umar Abdul Aziz dilantik menjadi pemimpin (leader) kepada empayar Islam, beliau dengan penuh kerendahan diri berkata "aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu tetapi aku dilantik untuk menguruskan urusan Ummah". Tidak sebutir perkataan angkuh dan bongkak muncul daripada bibir seorang khalifah Islam itu tetapi sejarah membuktikan biarpun beliau hanya memerintah selama 3 tahun lebih sahaja, negara Islam begitu makmur dan keadilan tertegak dengan penuh. Sebelum beliau dilantik, beliau tidak pernah mengimpikan jawatan tersebut, malah sejarah tidak mengenali beliau kerana beliau bukan seorang yang sibuk mengampu untuk mendapatkan jawatan khalifah tersebut. Benarlah kata Allah bahawa yang menetapkan siapa akan menjawat satu-satu jawatan ialah Allah dan Allah menaikkan sesiapa yang Dia kehendaki (Al-An'am:165).
Kita sungguh berbeza dengan khalifah Islam ini. Apabila kita mendapat jawatan, kita angkuh berkata "jawatan ini aku peroleh kerana usahaku". Tidak wujud pada perkataan kita perasaan takut pada Allah akan siksaNya pada sesiapa yang tidak menyempurnakan amanah yang diletakkan pada jawatan yang tinggi. Jika dahulu, orang Islam takut untuk mencari jawatan melainkan jika keperluan mendesak atau diberikan jawatan itu, kita dizaman ini terhegeh-hegeh mencari jawatan. Maka akan kelihatan insan-insan seperti kita memuji diri dihadapan ketua demi hanya untuk meraih pangkat dan status. Ketika pemilihan di antara Ali dan Uthman untuk menjadi khalifah, ditanya setiap seorang akan jawatan itu. Maka Uthman dan Ali akan mengatakan bahawa orang lagi satu yang lebih baik. Uthman mengatakan Ali lebih baik dan Ali mengatakan Uthman lebih baik. Mulia sungguh hati para sahabat yang dididik dengan tarbiyyah Islam oleh Rasulullah. Mereka tidak terhegeh kepada jawatan kerana mereka tahu bahawa dengan adanya jawatan itu, maka makin besar tanggungjawab mereka dan mereka tahu kecuaian pada tanggungjawab itu akan menghumban mereka ke dalam api neraka Allah.
Bekerja
Jika dahulu, para sahabat bekerja keras membangunkan negara Islam, mereka lakukan kerana ingin melihat da'wah Islam dari segenap sudut membangun. Kerja mereka lakukan bersungguh-sungguh kerana itu merupakan tanggungjawab mereka. Jika mereka bekerja selain untuk ummah, mereka lakukan untuk menjalankan tanggungjawab kepada keluarga demi mencari makanan dan keperluan yang halal.
Inilah falsafah kerja Islam iaitu berusaha untuk memenuhi tanggungjawab. Berbeda dengan falsafah di zaman kita di mana kita bekerja keras untuk mencari nama, status, kekayaan dan untuk diiktiraf. Di dalam ceramah motivasi atau leadership masa kini kita akan mendengar pelbagai teori hanya semata-mata untuk meraih lebih banyak harta, lebih tinggi status dan untuk lebih diiktiraf. Di dalam Islam, seseorang itu disuruh bekerja keras bukan bertujuan untuk mengumpul harta maupun memperoleh status, tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan Allah kepada kita dengan sesempurna yang mungkin. Samaada tanggungjawab untuk keluarga atau untuk ummah atau untuk syarikat kita bekerja semuanya adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan dengan sebaik mungkin. Jika dalam usaha tersebut kita memperoleh harta yang lebih atau diberikan status jawatan, maka itu kelebihan diberikan Allah, tetapi bukan satu tujuan. Berkata Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi di dalam buku beliau Dauru Al-Qiyam wa Al-Akhlaq fi Al-Iqtisad Al-Islami:

“Islam tidak pernah meremehkan unsur kebendaan dan perananya dalam memakmurkan bumi, mamajukan tamadun manusia, merealisasikan kehidupan yang baik bagi manusia serta membantu mereka dalam menunaikan kewajipan kepada Tuhan yang telah menciptakan dan menyempurnakan manusia serta menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi. Namun sentiasa ditegaskan dan diingatkan bahawa meskipun kehidupan ekonomi yang baik merupakan salah satu tujuan Islam yang didambakan, namun ia bukanlah matlamat yang akhir. Sebaliknya ia hanyalah sarana atau alat untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan lebih jauh.”

Hak Allah dan Hak Manusia

Di dalam usaha kita mencari rahmat Allah di dunia, Islam meletakkan garis panduan yang jelas bahawa tidak boleh menyebabkan kita lupa kepada Allah dan hak-hak manusia lain ke atas kita. Tidak boleh kerana kerja kita lalai untuk solat. Tanyalah kepada diri kita berapa kali kita ke masjid untuk berjemaah. Sekali seminggu? Atau Sebulan sekali? Atau setahun dua kali? Bukankah jemaah pada solat itu satu tuntutan hingga Rasulullah sepertimana riwayat Bukhari dan Muslim pernah berkata bahawa jika boleh baginda akan membakar rumah-rumah mereka yang tidak datang solat berjemaah. Jika kita bekerja sehingga lewat malam, sabtu dan ahad, manakala di tempat kerja kita hanya solat bersendirian, bilakah kita berjemaah? Dan bila masakah kita ke masjid meraikan rumah Allah?

Selain hak Allah, insan lain juga mempunyai hak ke atas kita. Ayah dan Ibu mempunyai hak ke atas kita. Tidak boleh kita dahulukan kerja dan tugas hingga mengenepikan ibu bapa kita. Jika jihad perang dijalan Allah merupakan pekerjaan yang paling penting dan mulia masih berada selepas berbakti kepada ayah ibu, apatah lagi kerja di pejabat. Jika ibu bapa tiba melawat pada hari cuti dan dikala itu kita mempunyai tugas hendaklah kita memohon izin daripada ibu bapa kita. Jika mereka redha teruskanlah tugasan kita tetapi jika mereka tidak redha dan mahukan kita menemani mereka, wajib dalam Islam kita menyerahkan tugasan itu kepada orang lain. Ibu bapa hanya boleh diketepikan apabila tugasan kita adalah tugasan ummah seperti berjihad ketikamana musuh menyerang negara Islam atau keperluan ummah yang penting seperti negara kekurangan askar atau doktor. Jika pemerintah memanggil mengisi keperluan tentera dan doktor ini dan tugasan adalah 7 hari seminggu, maka ibu bapa boleh diketepikan untuk mendahului tugasan ummah. Itu pun hendaklah berkata yang baik kepada ibu bapa kita dan bukan pergi berjihad tanpa penjelasan baik kepada ibu bapa. Tetapi jika hanya tugasan syarikat atau badan organisasi biasa, jika ibu bapa memerlukan perkhidmatan kita, wajib ibu bapa itu didahulukan.

Tanggungjawab

Bagi si isteri, kerja adalah mubah atau harus dan bukan satu kewajipan. Kewajipan isteri selepas kepada Allah dan Rasul adalah pada pendidikan anak-anak sepertimana yang dinyatakan Rasulullah dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim bahawasanya setiap insan mempunyai tanggungan dan akan ditanya kelak oleh Allah akan tanggungannya itu dan wanita tanggungan mereka adalah urusan rumah suami dan anak-anak. Ini adalah tanggungjawab utama bagi wanita. Sheikh Dr Abdul Karim Zaidan dalam buku al-mufassal fi al-ahkam al-marraah wa baitu al-muslim fi syari'ah menyatakan bahawa adalah dibolehkan wanita itu bekerja tetapi jika pekerjaan itu melalaikan wanita itu daripada tugas yang wajib iaitu didikan anak-anak dan urusan rumah maka pekerjaan itu boleh menjadi haram kerana ia menghalang wanita itu daripada tugasan yang diamanahkan Allah. Oleh itu hendaklah wanita Muslim mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka yang membolehkan mereka membahagikan masa dengan baik.

Bagi lelaki, tanggungjawab mereka lebih besar. Bekerja mencari rizeki adalah wajib dan menjaga pendidikan anak-anak, isteri dan menjaga urusan rumah juga menjadi wajib. Tidak boleh ditinggalkan. Jika wanita wajib hanya pada didikan anak-anak dan urusan rumah, bagi lelaki semua itu termasuk didikan isteri dan mencari nafkah adalah wajib. Jika suami itu hanya fokus kepada kerja di luar dan mengabaikan urusan rumah tangga maka dia telah culas dan cuai pada amanah Allah. Dosa yang ditanggung adalah besar kerana mengabaikan urusan di rumah. Mereka tidak boleh meninggalkan pekerjaan tetapi mereka tidak boleh megabaikan urusan di rumah. Maka hendaklah lelaki itu berhemah dalam membahagikan masa untuk urusan-urusan ini.

Inilah falsafah Islam dalam pekerjaan. Dalam masa kita dianjurkan berusaha dengan keras, kita dididik bekerja kerana untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab bukan untuk meraih jawatan atau mencari nama. Dalam kita disuruh mencari rizeki Allah, kita diwajibkan tidak melupakan hak-hak lain iaitu hak Allah dan hak manusia lain ke atas kita. Inilah ajaran Islam.

Allah itu maha mengetahui.

Monday, November 22, 2010

Lipas, perempuan, dan seorang Ibu


LIPAS
Species yang sering mendatangkan kegerunan kepada jiwa-jiwa yang lemah (yang lemah sahaja ya).

Setakat ini saya masih belum tergolong dalam kategori perempuan yang menjerit kerana lipas. Selagi mana lipa-lipas bumi tidak berevolusi menjadi reptilia yang licin dan menjijikkan (euww!).

Mungkin kerana sedari kecil saya tidak pernah dididik untuk berasa takut dengan haiwan/serangga yang tidak membahayakan. Idea seperti ini memberikan panduan kepada sya dalam mendidik anak-anak saya. Saya sendiri berjanji untuk tidak mengajar anak-anak saya mentakuti haiwan/serangga.

Namun,

apa yang terjadi ialah, anak sulung saya, lelaki, takutkan lipas dan serangga-serangga lain! Bukan sahaja serangga, bahkan anak saya juga takutkan kegelapan! Saya amat geramkan orang-orang sekeliling yang mengajar anak saya untuk takutkan nyawa-nyawa ciptaan Allah itu!

Kerana,

Menyimpangkan plan saya dalam hal pendidikan anak-anak.
Menyusahkan saya untuk memujuk anak saya supaya jangan kisahkan lipas yang sedang menari-nari di atas lantai bilik air sementara saya sedang berusaha memberus giginya.
Menyusahkan saya untuk menenangkan anak saya supaya dia berhenti melalak setiap kali bekalan elektrik di rumah terputus pada waktu malam.

Seribu satu kegeraman dalam diri!

Tapi...
Suatu kenyataan yang halus menyedarkan saya.
Kenyataan yang amat lojik, yang amat menyentak kesedaran saya.

Sebenarnya, saya yang gagal sebagai seorang ibu.

kerana...
Seorang ibu yang hebat, yang baik, mampu mempengaruhi anaknya mengatasi pengaruh orang lain.
Saya pernah menyandarkan kerja sebagai alasan, tetapi, hakikatnya, RAsulullah dan Khadijah merupakan insan-insan yang paling sibuk di bumi Allah, namun, mereka berjaya menghasilkan dan mendidik anak-anak mereka menjadi Muslim dan Muslimah yang terunggul dan terhebat.

Itu NAbi... insan terhebat, aku manusia biasa, memang terlalu terdedah kepada kelemahan...

Tapi, ingat, bukankah NAbi itu sebaik-baik contoh ikutan, gagallah aku sebagai ummah sekiranya gagal mengikuti jejak kekasih Allah itu...
Hmmm... sesungguhnya setiap kelemahan itu berpusat daripada diri saya sendiri...walaupun puncanya cuma seekor lipas.



Thursday, November 18, 2010

Suami HenSem, IsTeri????????????


Justify Full Aduihh...dalam dilema. Selama ini si Zaujah hanya melihat pasangan lain, hanya mengkritik pasangan lain. Apabila melihat sahaja si dara cantik bak bidadari, sedangkan si teruna hodoh bak jenglot. Ataupun si teruna kacak bak bidadara sedangkan si dara hodoh bak langsuir, (keterlaluan perumpamaan ini, huhu).

Pastinya hati akan terdetik mempertikaikan pilihan pasangan masing-masing.

"pekejadahnye pilih couple huduh, tak sama taraf langsung! Dia tu lawa!"

Namun, Allah menguji, dia ditakdirkan berjodoh dengan seorang jejaka yang tampan. Pergilah ke mana sahaja, pasti ada mata-mata yang akan memandang pasangan halal itu. Lalu terdetik di hati si Zaujah,

"adakah mereka juga menilaiku seperti mana aku pernah menilai pasangan lain dahulu kala?"

Persoalan itu belum cukup merunsingkan jiwanya.

Cantikkah aku di mata suami?

Cukupkah aku buat suamiku?

Tambah merunsingkan lagi, adakah yang akan berani-berani mencuba nasib untuk merampas suamiku? (naudzubillahimindzaalik...)

Terkadang bisikan jahat hadir mengganggu kewarasan.

Terkadang prasangka mampir menyemarak gelisah.

"Aik Bie, kenapa harini you sikat rambut style lain, ada apa-apa ke? Nak tunjuk kat siapa?"

" Kenapa saya telefon, Bie tak angkat, saya sms, Bie tak jawab pun? Bie pergi mana ha..........? (jangan baca dengan nada menjerkah, baca dengan nada yang lembut lagi ayu gitu)

Begitu parahnya dilema itu, lantas, si suami yang penuh kasih sayang dan pengertian itu terhidu gelisah si Zaujah. Penuh tertib si suami menenangkan si Zaujah dalam nota yang diselitkan pada laptop si Zaujah.

~Adinda sayang...(tidak perlu merasa geli membacanya , kerana ini suara hati seorang suami yang romantik dalam keadaan dia mahu 'berhumour'), udah-udah le gusar di hati kerana:
1. Adinda sudah cukup cantik pada mata kanda, luaran dan dalaman. Tidak perlulah dirisaukan pandangan orang, kerana pandangan mereka bukan lahir dari kasih sayang, bahkan pandangan untuk menilai semata-mata.

2. kekanda beruntung walaupun adinda suka shopping, tetapi adinda seorang wanita yang bijak bershopping, membeli untuk penampilan diri adinda, dan dalam masa yang sama tidak berlebihan ataupun membazir. Setiap kali kanda pulang, ada sahaja benda baru yang adinda beli. Kanda tak kisah, kerana adinda tidak minta duit gaji kanda (hehe). Kanda pun tidak pernah boring dengan adinda, kerana adinda sukakan penampilan yang pelbagai.

3. kekanda bersyukur kerana adinda tidak suka bersolek, kanda lebih suka melihat wajah asli dinda kerana wajah asli dinda ialah ciptaan Allah yang paling indah. Tak perlulah susahkan diri bersolek, kanda tidak suka melihat wajah plastik, kanda mahu yang asli, yang asli itu yang memberi ketenangan kepada kanda.

4. Kanda tidak pernah berlagak bujang, pergilah ke mana sahaja, pastinya kanda tidak akan sabar-sabar untuk balik ke rumah, bukan kerana rumah kita ada ASTRO, tetapi kerana di rumah kita ada ahli-ahli syurga yang menghiburkan, anak-anak penyambung kasih kita (walaupun dua tiga kali kita kena cat semula dinding rumah kita dek kerana berbakatnya anak-anak kita menghias dinding). Oh, dan, tidak lupa juga, ada adinda yang cantik molek.

dan....

Insyaallah, kanda mu ini tidak mampu untuk menyunting bunga yang lain kerana yang sekuntum ini pun tidak terjaga, takut nanti, kita tidak bertemu di syurga sana. Andai di uji juga, Kanda yakin dinda akan mendapat payung emas, kerana dinda seorang Muslimah unggul igauan setiap Muslim tetapi, kanda takut, kanda akan meringkuk di dalam neraka akibat gagal mengemudi bahtera yang banyak. Semoga Allah tidak menguji kita dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh kita.

Akhir kata, kau yang terbaik untukku, tiada ku mahu yang lain selain dirimu...

Monday, November 15, 2010

berkenaan dengan kesukaan-kesukaan ku.


Menjejaki usia matang ini (chewah, matangkah aku?), saya semakin menyedari bahawa ada beberapa perkara yang menjadi kesukaan saya. Biasa sahaja topik ini bukan? Kerana semua orang ada kesukaan masing-masing. Anyway, this is my own space, so, it's up to me to put anything i want.

Tetapi, mungkin sahaja entry ini akan memberi kebaikan atau idea kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Kebaikan apa? sekiranya anda adalah pelajar saya, atau bakal pelajar saya, mungkin boleh dijadikan modal untuk membodek saya dengan lebih berkesan. (saya tidak akan memberi markah lebih)

Atau, sesiapa sahaja yang terasa ingin beralih angin, mahu merasai apakah perasaan menyukai perkara-perkara kegemaran insan pelik bernama Nurul Fatehah ini, mungkin boleh mencuba.

Saya seorang yang klasik agaknya, menggemari lagu-lagu lama, kerana susunan muziknya yang lebih catchy dan tidak menyumbang kepada keserabutan otak. Cth: P.Ramlee, Eric Clapton, Oldies such as the Carpenter, the Beattles etc.
Saya paling suka muzik Country, walaupun muzik Country lebih cenderung kepada sesuatu yang berkaitan dengan agama Kristian, (ala-ala nasyid tetapi versi Kristian) tetapi banyak juga lagu-lagu Country yang tidak berkaitan dengan Kristian. Kenapa suka muzik Country? sebab susunan muziknya yang easy listening.
Tapi, tidak sesekali dilupakan nasyid-nasyid Islami dan Al-Quran yang lebih mendamaikan hati. KAtegori ini berada pada tempat yang utama. ;) Oh, baru-baru ini minta bertambah lagi kepada lagu-lagu Maher Zain.

Saya suka buku! Teramat suka! Suka sangat-sangat! Genre apa? tak kisah, asalkan buku. Tidak perlu bersusah payah memikirkan hadiah apa untuk diberikan kepada saya pada hari-hari kenangan saya, senaskah buku sudah mencukupi.

Komik? ya termasuk dalam kategori itu.

Saya suka kartun. Kisah-kisah klasik puteri putera, waltdisney, anime.

Saya suka kisah-kisah inspirational, motivational, dan yang sewaktu dengannya. Mahu tonton kisah-kisah inspirational? Tonton saja di Hallmark Channel ASTRO. Tetapi, sekarang sudah bertukar kepada DIVA, dan saya amat tidak gemarkan perubahan itu.

Saya suka makan! teramat suka! Makanan yang sedap-sedap. Malah, setiap kali menyuapkan suapan pertama, saya akan susuli suapan itu dengan bunyi 'mmmmmmmmmm', kerana saya sangat menikmati makanan.

LAst but not least...

Saya sudah lama tidak menikmati tidur yang berkualiti, walaupun tidur merupakan perkara kesukaan saya yang terutama! (Anak dah bertambah la katakan...huhu)

So, sudah nampak idea apa mahu digunakan untuk membodek saya? (pelajar?)


Thursday, November 11, 2010

insyaallah...


Saya mahu kuat, mahu tabah mengharungi segala ujian hidup.
Saya mahu teguh, mahu tetap pada pendirian,
Saya mahu cinta, utamanya pada Allah yang MAha Agung.

Hidup penuh dengan cabaran dan dugaan, di sebalik segala kesenangan
Hidup penuh dengan onak duri, di sebalik liku-liku jalan yang lapang
Hidup penuh dengan kesakitan, di sebalik 1001 penawar
Hidup penuh dengan airmata, di sebalik setiap kegembiraan kurniaanNya.

Kalaulah hati ini seteguh karang,
Kalaulah diri ini sekukuh gunung,
Kalaulah hati ini setenang tasik,
Kalaulah diri ini sekuat Khadijah,
Allah...

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah you`ll find your way

Allah...
Berilah hambamu kekuatan ya Allah,
AKu mahu tersenyum dalam ujianMU...

Insyaallah....
Insyaallah...
Insyaallah...





Monday, November 1, 2010

suamiku...sudah berubah???


Dia... insan yang sangat dicintai...
Hampir 5 tahun bersamanya, terlalu banyak yang mereka kongsikan bersama,
Suka, duka, jerit, perih,
perbalahan, cuma perkara biasa, sedangkan lidah lagikan tergigit.

Adakah dia masih insan sama yang dikenali dulu?
Hati si Hawa seringkali tertanya-tanya,
Harapannya semoga si Adam masih sama seperti dahulu.

Dia sudah berubah, bisik hati kecil si Hawa,
Dia sudah berubah,
Semakin matang,
Semakin dewasa,
Semakin memikat,
Semakin menyayangi,
Semakin mengasihi,
Semakin menghargai,
semakin mencintai,
Semakin baik...

Dia sudah berubah,

Wahai Adam, kamu bukanlah calang-calang insan yang diciptakan Allah untukku.
Hadirnya kamu ke dalam hidupku seiring dengan amanah.
Akulah amanah yang diciptakan Allah buatmu.
Tidak bosan aku meminta untuk kau menerimaku seadanya,
Senangilah setiap senyuman yang kuhadiahkan buatmu,
Hargailah setiap kasih sayangku buatmu,
Terimalah setiap pemberianku buatmu,
Betapa kesyukuran mengiringi setiap jalanku bersamamu,
Jangan pernah sia-siakanku,
kerana...
Hawa ini juga bukanlah calang-calang Hawa yang kau nikahi... :)