Search This Blog

Loading...

Monday, June 23, 2014

Ramadhan... Ramadhan.... (baca dengan alunan lagu Maher Zain) la la la~

Ramadhan... Ramadhan.... Ramadhan ya Habeeb...

Alunan lagu Ramadhan dendangan Maher Zain yang mengiringi perjalanan ke pejabat pagi tadi sungguh menyegarkan. Alhamdulillah, tahun ini masih sempat (insyaallah) bertemu Ramadhan. Perasaan sangat teruja untuk bertemu kembali dengan bulan ini. 

Mungkin kerana usia makin bertambah, sedar diri semakin hampir kepada Pencipta, maka pertemuan dengan Ramadhan ini tidak sedikit pun dibayangi dengan keseronokan Syawal yang akan menyusul pula.

Oh, kamu yang masih membaca tulisan ini... tiada sangat yang mahu saya kongsikan, cumanya, mahu kita sama-sama beringat tentang keadaan saudara kita yang tidak bernasib baik seperti kita, yang mana Ramadhan bagi mereka bukannya 'pesta makanan' tapi sama seperti bulan-bulan lain. Tiada apa yang istimewa di meja-meja mereka (kalau boleh dikatakan meja). 

Kalau ada rezeki lebih-lebih tu... hulurkanlah walaupun sedikit buat mereka. Rasanya semangat Ramadhan lebih bermakna dengan pemberian itu. Kita ummah yang berkasih sayang, moga-moga bertemu di tempat kekal dengan ingatan itu. 




Tabung Kasih Ummah Syria


Bank Islam Malaysia Berhad

120290 100 63512

(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com
swiftcode (jika menyumbang dari luar Malaysia) : BIMBMYKL


Sunday, June 15, 2014

Kembali menjengah.

Salam, 

Kamu-kamu sekalian yang rajin menjengah kawasan jajahan ini, mohon maaf, bukan senang untuk menulis dari hati. Bukan senang untuk ikhlas menulis. Almaklumlah, penulisan kalau boleh biar bermanfaat untuk semua orang, barulah boleh menjadi ladang yang berbuah ranum, memberi kekenyangan kepada semua.

Ada banyak kejadian, yang boleh menjadi ibrah dalam kehidupan, namun tidak mampu untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan kerana.......... MALAS. Sudah terlalu lama saya dijangkiti penyakit ini. Jadi, hari ini mahu melawan penyakit ini berhabis-berhabisan. Moga berjaya menaip barang beberapa perenggan.

Di sebabkan perayaan Hari Bapa adalah event terbaru, maka saya pun konon-konon buat entri tentang Hari Bapa. 

Tidak pernah kisah tentang hari bapa. Rasanya mungkin hanya sekali dua mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa sendiri. Itupun hanya menggunakan 'text message', sebab macam ala-ala segan gitu untuk mengucapkan depan-depan ataupun secara ucapan lisan.

Ada sesuatu yang personal dalam entri kali ini, tapi tidak personal dalam cara yang tidak baik, insyaallah, personalnya dalam cara yang baik. Insyaallah.

Bak kata beberapa 'quotation' atau 'kata-kata hikmah' ataupun 'kata-kata nasihat' yang entah dari mana saya pernah mendengarnya... 

Air dicincang tak akan putus.

Don't it always seems to go, that you don't know what you got til it's gone.

Berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu ~ Islamic teaching~


Hidup manusia, ada pasang surutnya, macam iman manusia juga. Disebabkan tiada manusia sesempurna Muhammad SAW lah, maka saya juga pernah melakukan kesilapan. Hampir 4 tahun tidak bercakap dengan ayah sendiri. Kerana ada beberapa perbalahan ketika zaman muda remaja dulu. 4 tahun tidak bersua muka walaupun balik ke tanah kelahiran sendiri dek kerana dendam dan ego. Hampir saya terlupa yang wujudnya saya kerana separuh dia ada dalam diri saya. Hampir saya terlupa dalam semua cerita tidak semua yang betul berpihak kepada saya. Hampir saya terlupa, saya berbinti kan dia. Hampir saya terlupa, dia menyayangi saya. Hampir saya terlupa, apa itu perasaan sesalan. 

Sehingga akhirnya Allah menguji untuk mendekatkan kami semula. Minor stroke yang Allah 'hadiahkan' buat dia menyebabkan saya kembali tersedar segala-galanya, dan mula menerima sesuatu yang lebih rasional berbanding kemarahan sendiri. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya, dan saya bersyukur kerana tidak tersasar jauh daripada landasan yang betul. 

Buat pelajar-pelajar saya yang mungkin membaca nukilan ini, ( saya ada ramai pelajar yang sentiasa mengadu berkonflik dengan ibu bapa), kemarahan dan kedegilan tidak membawa kita kemana-mana. Saya kira, kemaafan adalah perkara yang kita perlukan. Memaafkan dia, memaafkan diri sendiri, dan meredhai segalanya. Walaupun sukar untuk dilakukan....percayalah, saya cukup memahami, (4 tahun tidak memperdulikan ayah sendiri), tapi itulah langkah terbaik. Insyaallah hidup kita akan menjadi lebih mudah selepas itu. Seolah-olah ada satu bebanan yang besar di angkat daripada dada.

# kerana saya tidak mahu menangis dengan jiwa penuh sesalan andai dia dipanggil dahulu menghadap Ilahi.

Thursday, February 6, 2014

REPOST dari FB; Kisah... Muhammad tak pakai kasut sekolah!


Kisahnya Muhammad tak pakai kasut ke sekolah hari ini. Sudah separuh jalan, hampir sampai ke sekolah, baru perasan Muhammad cuma pakai sandal angry bird nya. 


-Muhammad tak boleh pakai kasut ni pergi sekolah!!! Kenapa Muhammad lupa pakai kasut sekolah!!! Macam mana nak pergi sekolah macamni!!! Nanti teacher cakap apa!!!-


This miserable mama kept on yelling and nagging until i saw his face... sedih, takut, blank.


Then i realized something. "Aku ni seorang ibu. So, act like a mother. ACT LIKE A REAL MOTHER."


Tekan butang paused. Tarik nafas. Gosok kepala anak, peluk anak. Minta maaf. 


"Mama minta maaf sebab marah Muhammad tadi. Takpe, it's okay. Jangan risau, nanti mama bagitahu teacher. Senyumlah. Takpe buat silap kalau tak sengaja. Tapi lain kali jangan buat lagi. Kena ingat tau" 


-dan temankannya sehingga ke pintu kelas. Pastikan dia senyum dulu baru lepaskan dia. Tak mahu dia mengharungi hari ini dengan mood kena marah.


*motif cerita: ada orang pernah cakap, kalau ada kebaikan yang boleh dikongsi, kongsikan. Biar semua yang membaca mendapat manfaatnya. Mungkin i tak buat kebaikan, tapi kalau ada rakan supermom yang pernah handle situasi mcmni dgn cara yang terbaik, sila kongsi dengan i yang selalu miserable ini.


Motif utama: Ceramah 5s belum habis. Dah mula berdarah hidung kebosanan. Need something to entertain myself.

Sunday, October 6, 2013

Our Children, Our future leaders, ~ Konvo Muhammad yang ohsem!

Muhammad Idris Sowell.
Salam, 

Semalam menghadiri majlis konvokesyen sempena tamat tadika Muhammad Idris Sowell. Alhamdulillah, syukur, Tadika Lestari Impiana (Little Caliphs Programme) banyak mengajarkan perkara yang tidak mampu untuk saya ajarkan kepada Muhammad kerana time constraint (alasan?). Kelemahan saya yang sentiasa cuba untuk diperbaiki ;( .

Anyway, majlis yang bermula pada pukul 9 sehingga pukul 1230 itu langsung tidak membosankan. Saya tertarik dengan ucapan pengasas program Little Caliphs yang bersungguh menekankan agar ibu bapa menanamkan 3 perkara dalam kehidupan anak-anak, iaitu, alQur'an, membaca, dan solat. Saya terkesan dengan kata beliau 

"Parents hantar anak-anak parents kepada kami dengan keadaan yang mana mereka tidak tahu membaca, bersolat, dan membaca alQur'an, kini setelah mereka berjaya menguasai kesemuanya, kami pulangkan semula mereka kepada parents. Kini parents lah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kesemua kualiti itu pada diri mereka" ... 

Saya agak terharu pada ucapan ini, kerana saya sedar, ucapan itu memberikan amanah yang besar kepada saya. Walaupun pada asalnya, mendidik mereka memang tanggungjawab kami sebagai parents. Allah, betapa tidak berusahanya saya!

Seriously, saya sangat-sangat mencadangkan sesiapa sahaja yang sedang men'survey' (forgot the malay word) tadika untuk mencari tadika yang mengajar asas-asas agama yang kukuh seperti ini. Alhamdulillah Little Caliphs tidak mengecewakan, dan saya bersyukur kerana Allah suluhkan jalan untuk saya berusaha mencari yang terbaik untuk anak-anak.

Saya tertarik dengan persembahan yang kanak-kanak ini lakukan. Kesemua persembahan mereka membawa maksud yang mendalam. Daripada, tema "WE ARE THE QURANIC GENERATIONS", sehinggalah tema "ISLAM IS NOT A RELIGION OF TERRORISM"~ siapa sangka persembahan tentang masalah ummah yang melanda keseluruh dunia dilakukan oleh kanak-kanak kecil berusia 6 tahun ini. Saya bersyukur kerana mereka tidak dididik tentang kemanisan dunia sahaja(di sebalik sifat innocence mereka), tetapi juga dengan kezaliman dan penindasan terhadap saudara seagama mereka. Semoga mereka semua membesar dengan kualiti-kualiti sebagai seorang Muslim, Mukmin, dan pemimpin yang berjaya, aaameen...

Our future leaders, insyaallah.

Adik bosan menunggu bilalah nak habis ni ;0

Muhammad belakang paling kanan. Persembahan ;)
Persembahan yang sangat bermakna ;) "we all denounce terrorism, we stand against it in deed and word"
R4bia

Muhammad, sebelum perarakan masuk ke dalam dewan. :)

Thursday, September 26, 2013

Mama memang tak sayang Muhammad!

"Mama memang tak sayang Muhammad!" Tempik si Muhammad setelah saya melarang dia dari bermain permainan komputer. Alahai anakku... sudah semakin pandai memberontak menggunakan kata-kata. Kata-kata dari anak yang sekecil 6 tahun ini pun sudah cukup membuatkan hati saya luluh. Bagaimana pula andai kata-kata ini (malah lebih kasar) dituturkan oleh anak yang lebih dewasa?

Macam mana pula mama tidak sayangkan Muhammad kalau sudah perut nipis ini yang mengandungkan kamu selama 8 bulan (Muhammad lahir tidak cukup umur). Selepas sakit dua hari pada hari raya puasa akhirnya melahirkan kamu sendirian tanpa abah disisi kerana abah berada di tempat lain, dan kelahiran kamu belum dijangka?

Bagaimana pula mama tidak sayangkan Muhammad sedangkan Muhammad lah manusia pertama yang benar-benar mengajar mama tentang tanggungjawab dan cinta tanpa syarat? Ketika pelajar-pelajar lain bertungkus lumus menumpukan perhatian untuk pelajaran dan peperiksaan, mama turut bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sambil tangan kiri mendodoikanmu?

Bagaimana pula mama dikatakan tidak menyayangi sedangkan kamu lah permata hati pertama mama dan abah yang sentiasa menjadikan mama kuat dan meneroka pengalaman baru seiring p

ertambahan usiamu?

Bagaimana pula mama tidak menyayangimu sedangkan kamu lah guru terbaik yang sentiasa mengajar mama supaya sabar walaupun caranya ialah dengan berhadapan kenakalan kamu?

Muhammad... Muhammad... besar sungguh harapan mama untuk melihat kamu menjadi manusia berjaya di mata Allah!

Monday, July 22, 2013

Tanpa tajuk...

Salam,

Macam misteri tajuk post yang 'tanpa tajuk'. Haha. Serius. Meneruskan dan mengistiqamahkan amalan berblog memang payah. Huhu. 

Sekian lama saya meninggalkan ruang ini, kini saya kembali lagi. Tanpa sebarang coretan spesifik, hanya mahu bertanya khabar kepada teratak ummuidris yang sudah lama membisu. Sebisu diri saya yang kadang-kadang jadi bosan dengan rutin hidup sehari-hari. Tiada yang surprise. Mungkin saya perlukan percutian? Mungkin. 

Tapi, hati terdetik juga, rutin hidup yang membahagiakan macamni pun, taknak bersyukur? Nak dibandingkan dengan nasib ummah di tempat lain, akulah insan paling bahagia sebenarnya. Malu jika mahu dibandingkan dengan saudara kita di Syria, Palestin, Mesir, dan sebagainya. 

Saya teringat petikan kata-kata yang entah dari mana pernah saya temui,

 "manusia, kalau diberi segunung emas, pasti dipintanya lagi segunung kerana berasa tidak cukup. Namun, bila diberikan segunung lagi, dilihatnya pula segunung permata, pasti dimahukan pula gunung permata tersebut." 

Naudzubillahimindzalik.... Moga Allah jauhkan kita semua dari sifat ini. Fitrah kita, memang tak pernah cukup. Ubatlah dengan kezuhudan, dan qanaah. Dunia ini lebih dari cukup buat kita sebenarnya. :) Tazkirah buat diri. Moga Allah kira ini sebagai amalan kebaikan...

Sunday, June 2, 2013

Kadang-kadang, aku ni pentingkan diri juga....

Salam...

Minggu lepas, penuh dengan pengajaran. Pengajaran yang bernilai RM200. 

Mama : Anak kesian adik kau, bapa kau tidak kirim duit untuk bayar sewa rumah. 

Kakak : Berapa ma?

Mama : RM200.... 

(ada sebab yang sangat menyesakkan dada dan menyedihkan mengapa si bapa tidak mengirimkan RM200 kepada si adik.)

... dan perbualan berterusan sehingga saya menekan punat OFF pada handphone.

Saya menyuarakan kebimbangan dan kesedihan kepada suami dalam perjalanan pulang ke rumah. 

Isteri : Kasihan adik bang, macam mana dia nak teruskan pengajian? 

Suami : Takpelah... bagi je lah RM 200, tak banyak mana pun....

Saya senyap. Dalam hati berkata-kata. Takkan aku yang perlu menyelesaikan semua masalah dia (adik) dari dulu sampai sekarang? Kadang-kadang perlu bagi pengajaran. Tapi kasihan pada mama, mama mengharap sangat. Sayang RM200 tu. Kena bagi pengajaran. RM 200 boleh guna untuk macam-macam hal. 

Untuk beberapa ketika hati bertingkah dengan segala kerasionalan akal dan kehendak nafsu. Akhirnya pada pagi ini saya membuat panggilan telefon kepada mama... panggilan yang membuatkan hati saya tenang. 

Kakak: Ma, sudah kirim RM200...


~ Kalau untuk bantu mama, untuk meringankan beban mama, tidak mengapa.... moga Allah datangkan rezeki dalam bentuk lain, yang lebih baik daripada RM200 itu. Mungkin duit belanja saya pada bulan ini berkurangan dengan minus RM200 itu, tapi tidak mengapalah, Allah itu ada, cukuplah Allah bagiku.