Search This Blog

Monday, January 7, 2013

RM 4, cinta saya, cinta Allah...

 


Salam...

Hari ini baru masuk hari kedua menghantar Muhammad ke sekolah semula setelah bercuti panjang sempena bersalin. 

Muhammad sudah beberapa kali menyatakan keinginannya untuk dibelikan KINDER JOY setiap kali kami singgah ke stesen minyak. Tapi, saya biarkan sahaja keinginan Muhammad itu tidak berbalas. Saya cuma nyatakan kepadanya, Kinder Joy itu mahal... tidak berbaloi untuk dibeli semata-mata mahukan mainannya (yang langsung tidak sama seperti ilustrasi di atas). 

Muhammad bertanya pula, berapa harga sebiji 'telur' itu? Saya cuma membalas mengikut anggaran, dalam RM4. Muhammad cuma mengangguk. Kasihan juga melihat dia kehampaan, tapi, saja saya mahu mendidik dia, tidak semua benda yang kita mahu, kita boleh terus dapat. Juga, berpada-pada dalam memberikan apa jua kepada anak-anak. Boleh beri, tapi biar berpada-pada.

Pagi tadi, ketika sedang menyiapkan Muhammad untuk ke sekolah, Muhammad bertanya kepada saya,

Muhammad : Mama, hari ni mama ada 4 ringgit tak?

Saya : Ada, kenapa?

Muhammad : Yeay, nanti Muhammad nak beli yang 'telur' tu eh mama?

Saya : Ok. (Langsung terlupa tentang Kinder Joy, ingatkan Muhammad maksudkan burger telur special)

Setibanya kami di stesen minyak, Muhammad terus menuju ke rak Kinder Joy untuk mengambil sebiji 'telur' yang dijanjikan. Saya terkelu sebentar, niat di hati ingin melarang, tapi, tiba-tiba, ingatan pada perbualan awal pagi tadi menerjah kembali. Betullah... Saya berjanji dalam tak sedar... 

Tidak mengapa, sekarang ialah tahap boleh pada prinsip berpada-pada itu, maka saya terus membayar harga 'telur' itu di kaunter. Muhammad melompat dan menjerit kecil "YEAY" di hadapan jurujual, sekaligus membuatkan jurujual stesen minyak itu tersenyum. Hati saya turut berbunga-bunga melihat 'kechomelan' Muhammad melompat.

Saya teringat kepada sepotong ayat daripada surah  Ghafir: 60

 وقال ربكم أ دعوني أستجب لكم

 Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu...

Pada setiap doa itu, terselit harapan agar Allah mendengar dan memakbulkan setiap doa kita. Dia sudah berjanji akan memakbulkan, tapi tidak semestinya mudah untuk kita mendapatkan perkenan itu. Semua itu sudah tentunya atas sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pasti ada sebabnya kenapa Dia tidak terus memakbulkan doa setiap hambaNYa. Sebagai seorang ibu, yang hampir setiap hari menerima permintaan daripada anak-anak, saya seolah-olah cukup memahami, betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya dalam menolak permintaan hamba-hambaNya. Alhamdulillah... terselit jua pengajaran pada  kisah pagi ini....Syukur... :)

***** Pada usia setahun, saya katakan, Muhammad baru setahun, lama lagi menginjak zaman persekolahan... Sekarang, terasa bagaikan baru semalam saya menuturkan kata-kata itu. Cepat sungguh masa berlalu... terasa sebak mengingatkan mungkin esok Muhammad sudah berusia 25 tahun.

4 comments:

  1. muhammad anak yang bijak, bila mama kata tak boleh, tak memberontak tapi pilih waktu yg sesuai.soalan muqaddimah tu pun berhemah je tanya..hehehe..(hari ni mama ada 4 ringgit tak..chomel sungguh!!)

    ReplyDelete
  2. kak jie, susah sebenarnya nak didik anak ni. huhu. taklah kata berjaya, tapi pada tahap ni rasa bersyukur sangat dengan 'pencapaian' muhammad itu. huhu

    ReplyDelete