Search This Blog

Friday, June 19, 2009

Sister in Islam, From Zauji

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pada minggu yang lepas, bergemanya suara yang mengatakan "keluarkan fatwa haramnya Sister In Islam (SIS)". Sehari selepas suara itu bergema, berlaunganlah perlbagai suara diMalaysia. Ada yang mencaci suara yang ingin mengharamkan SIS dengan mengatakan mereka "bacul". Ada yang bersuara lantang menyokong pengharaman SIS. Ada yang lebih dasyat dengan mengatakan SIS parti kuffar. Macam-macam suara kedengaran. SIS sendiri tidak melepaskan peluang bersuara menegakkan pandangan mereka.

Mari kita melihat kejadian ini dengan kacamata Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Pertama, memang wujud kesalahan dalam idea SIS seperti membatalkan poligami kerana tidak lagi boleh diamalkan dizaman sekarang. Mereka juga menyangkal hukum faraid dengan mengatakan itu semua tidak releven dengan zaman kita.

Kedua, tidak boleh juga kita hanya berdiam diri atau "buat bodoh" dengan sebahagian idea atau perjuangan SIS yang benar seperti mereka perjuangkan hak isteri dalam perceraian yang diambil mudah oleh sebahagian Ulama Islam. Hinggakan dalam satu ceramah di UIA yang disampaikan oleh seorang Profesor dari Timur Tengah yang mengajar dikuliyyah Shariah mengkritik keras sistem mahkamah Malaysia yang mengabaikan wanita dalam pelbagai hal. Adakah perjuangan atau idea ini salah?

Ketiga, tidak boleh dalam hukum Perundangan Islam mengisytiharkan satu-satu individu atau pergerakan sebagai kafir atau menyeleweng tanpa perbicaraan. Ali r.a telah dinasihatkan oleh Rasulullah untuk tidak membuat keputusan sehingga mendengar hujah dari kedua belah pihak. Kenapa tidak dipanggil SIS untuk perbicaraan? Kenapa takut untuk berhujah dengan SIS? Jangan hanya berani mengatakan orang kafir dibelakang tabir. Inilah sikap orang munafik yang hanya berani dibelakang Nabi tetapi didepan nabi seperti memijak semut, semutpun tak mati.

Keempat. tidak boleh orang awam, samaada melalui percakapan atau penulisan, menuduh seseorang atau pergerakan sebagai kafir selagimana mereka belum diputuskan kafir oleh mahkamah yang sah. Nabi berkata: "jangan seorang Muslim menuduh muslim yang lain sebagai kafir (tanpa bukti) kerana jika muslim (yang dituduh itu) tidak kafir, maka kafir itu akan jatuh pada yang menuduh..." (Muslim)

Kelima, hendaklah dibezakan antara menyeleweng dengan kafir. Mereka yang menyeleweng tidak semestinya kafir. Sebab itulah tiada ulama Ahlu Sunnah Wa Al-Jamaah yang akan mengatakan pergerakan Syiah sebagai kafir selagimana tidak wujud bukti yang kukuh dan sah. Setakat Syiah yang menyatakan bahawa hanya Ali imam yang sah, itu baru menyeleweng selagimana mereka tidak mengatakan Ali seperti Nabi (sepertimana yang terjadi dalam sesetengah golongan Syiah). Hanya pergerakan Khawarij yang mudah mengkafirkan manusia tanpa dalil dan bukti.


Telah banyak tulisan yang lalu yang menyangkal idea SIS seperti aurah, hak wanita etc. Tetapi tidak pernah aku berkata mereka ini kafir kerana selagimana mereka tidak dibicarakan, tiada siapa boleh menjatuhkan hukuman kafir pada mereka. Ingin juga ditegaskan disini, bahawa idea mereka ada yang bercanggah dengan Al-Qur'an dan Al-Sunnah yang jelas. Tetapi ada juga idea mereka yang benar dan hak. Aku tidak menyokong mereka maupun membela mereka. Tetapi aku membela hukum Islam yang jelas bahawa hukuman tidak boleh dijatuhkan pada sesiapa tanpa perbicaraan. Tidak kira hukuman menyeleweng maupun kafir.

Hanya Allah yang tahu.

No comments:

Post a Comment