Search This Blog

Wednesday, April 7, 2010

Jangan buang anugerah itu....


Salam...

terpanggil untuk berkongsi sesuatu daripada kisah kawan saya...
Entah apa silapnya, pemberian Allah yang amat berharga itu dibuang begitu sahaja.
Mungkin ada rasa bersalah tetapi rasa takutkan manusia melibihi dari takutkan Allah dan rasa bersalah terhadap anugerah yang diberikan itu.

Kisahnya, si Dia ini berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga.
Sudah beberapa tahun pasangan ini memujuk keluarga untuk membenarkan mereka berkahwin, tetapi ayah si Dia ini tidak bersetuju selagi jumlah wang hantaran belum mencukupi syarat permintaannya.

Maka berkahwinlah mereka secara rahsia. Setelah beberapa tahun berkahwin, akhirnya, pada suatu ketika, rahim si Dia membenihkan anugerah Allah itu...

Namun, saya mendengar cerita daripada orang lain, anugerah yang belum ditiupkan nyawa itu telah dibuang oleh si Dia.

Saya tidak berani mengambil kesimpulan atau menuduh yang bukan-bukan. Tapi jauh di sudut hati saya, mungkin anugerah Allah itu dibuang kerana takut keluarga mereka tahu tentang perkahwinan rahsia itu.

Memang ada pendapat yang mengatakan janin yang masih belum bernyawa boleh digugurkan. Tetapi itu sekiranya dalam keadaan terpaksa, cth: masalah kesihatan etc... bukan dalam masalah si Dia itu.

Minta maaf sekiranya saya seperti menuduh tanpa usul periksa, sekiranya kisahnya tidak seperti yang saya dengari, MAAFKAN SAYA.

tetapi...

Sekiranya kisahnya betul seperti yang sampai ke telinga saya, maka inilah pendirian saya. Jangan kerana takutkan manusia, kita mendapat murka Allah... Kerana perhitungan sebenar adalah di hadapan Allah kelak...

Mungkin salahnya bermula daripada keluarga yang menuntut hantaran yang terlalu tinggi sehingga anak-anak tidak mampu berkahwin...

No comments:

Post a Comment