Search This Blog

Tuesday, January 25, 2011

Baru bertatih-tatih. Baru cuba melangkah.


Salam...

Kering kontang tanah di kawasan saya kerana sudah lama tidak di siram. Maaf ya pembaca-pembaca blog kerana sudah lama tuan punya blog ini tidak menulis di sini.

Saya sibuk.
sependek dan sepadat itu alasan saya.
Sibuk dengan aktiviti kuliah, sibuk dengan aktiviti otak.
Beberapa bulan yang lepas, saya ada menghantar beberapa bab awal manuskrip untuk dijadikan novel kepada sebuah syarikat penerbitan.
pada minggu lalu, saya menerima jawapan : Boleh menghantar manuskrip penuh untuk penilaian akhir kami.
Terlonjak-lonjak, terlompat-lompat!
Alhamdulillah, bagi saya ini langkah awal bagi saya. kalau Allah izinkan, maka diterimalah manuskrip saya itu.
Kalau Allah belum izinkan, cuba lagi. Sekurang-kurangnya ada langkah awal yang sudah berlaku. Seperti bayi yang baru mula belajar berjalan, jatuh tetapi bangun semula. Saya positif.
Bila difikir-fikirkan semula, Allah cukup menyayangi saya sebenarnya. Ada banyak impian dalam hidup saya yang Allah makbulkan:

Mahu biasiswa Yayasan Sabah, belajar di sekolah agama di Semenanjung: GRANTED

Keputusan cemerlang : GRANTED

Belajar di UIAM : GRANTED

Pengkhususan Undang-undang : GRANTED

Kahwin dengan orang hensem (hehe) : GRANTED

Menjadi pensyarah : GRANTED

Masih banyak lagi pemberian daripada Allah yang mengisi ruang-ruang usia hidup saya. Saya amat bersyukur.

Tidak saya nafikan, banyak juga ujian dan kegagalan yang Allah 'ANUGERAHKAN' kepada saya. Tidak mungkin segala-galanya dalam kehidupan kita manis. Tapi setiap ujian itu manis setelah kita fikirkan dari sudut hikmah.
"setitis ujian melanda, segunung kurniaannya" Pendek tetapi padat.

Bait-bait lirik nasyid ini sentiasa menjadi salah satu daripada pegangan saya. Fitrahnya manusia, setiap kali diuji, kita sentiasa mengeluh, terasa seolah-olah segala-galanya sudah berakhir. Sedangkan manusia lupa, rahmat kasih sayang dan pemberian Allah lebih banyak berbanding ujian yang diberikan. Usah fikirkan pemberian-pemberian yang nampak di mata, cukup sekadar muhasabah diri, udara yang kuhirup ini pemberian siapa? Kesihatanku ini pemberian siapa? kesempurnaan tubuhku ini pemberian siapa? Islam yang kupegang ini pemberian siapa? Nyawaku ini pemberian siapa?

Masyaallah... betapa banyaknya anugerah Allah buat kita.

Oleh itu... jangan putus asa bila diuji dengan kegagalan...

Bukankah Allah sendiri berfirman, tidak akan masuk Syurga seseorang insan itu selagi dia belum diuji?


* Muhasabah diri :)

1 comment:

  1. Salam.kak ji doakan yang terbaik untuk kamu..nanti kalau dah jadi novelis jangan lupa khabarkan.

    ReplyDelete