

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
 
  
Kini rakyat di bumi kinanah sedang bergelut  mendapatkan kembali kemerdekaan yang telah 30 tahun hilang. Ribuan  rakyat sedang berusaha untuk membebaskan erti kemerdekaan yang dipenjara  oleh Husni Mubarak selama 30 tahun. Kita dari jauh berdoa agar  saudara kita di Mesir selamat dan terus bersabar dan berjuang untuk  memperoleh kemerdekaan dari cengkaman kuku besi. Tahniah kepada Sheikh  Yusuf Qaradhawi yang terus bersuara membangkitkan semangat rakyat mesir  hinggakan beliau mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir yang mati  dibunuh tentera/polis/penyokong Mubarak ketika menyuarakan  kebenaran menentang kezaliman ketika ini di Mesir insyaallah matinya  syahid.  
  
Semoga peralihan kuasa yang akan berlaku dapat  memberi sinar harapan bukan sahaja kepada rakyat Mesir tetapi rakyat  Palastin. Dengan berubahnya pemerintahan Mesir, sinar harapan untuk  rakyat Palastin juga mungkin cerah kerana pemisah di antara bantuan dari  bumi arab dengan Rakyat Palastin terletak pada pagar sempadan Mesir.  
  
Ya Allah, sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan  Engkau. Bantulah dan berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMU yang  sedang berjuang menyatakan kebenaran dan menentang kezaliman di bumi  Mesir dan di seluruh muka bumi Mu ya Allah.  
  
Semoga kebangkitan ummat di bumi Kinanah akan meniupkan angin kebangkitan Islam pada seluruh ummat Islam di dunia.
 
No comments:
Post a Comment