Search This Blog

Tuesday, March 29, 2011

I will do the same for my children.


Salam...Kita sama-sama prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Jepun. Bencana yang tidak putus-putus datang bertimpa daripada Allah. Ada mesejnya yang jelas buat kita semua.

Semalam, ketika saya sedang melayari internet, untuk mencari bahan berita yang menarik untuk dikongsikan kepada pelajar, saya terjumpa satu kisah yang amat meruntun perasaan saya sebagai seorang ibu dan sebagai seorang anak. Klik Sini.

Satu kisah yang berlaku ketika gempa bumi yang berlaku di China pada tahun 2008. Saya mahu kongsikan bersama di dalam blog ini, agar semua orang sedar betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu.
Maaf, untuk membaca komik ini dengan lebih jelas, sila klik pada link (klik sini) di atas.

Air mata memang murah untuk mengalir pada kisah-kisah seperti ini. Sangat memberikan inspirasi. Tidak hairanlah mengapa darjat ibu itu pada tangga yang teratas di dalam islam, kerana tiada siapa yang mampu memberi pengorbanan tanpa syarat seperti yang berlaku dalam kisah di atas, melainkan seorang ibu.

Namun, saya/kita masih lagi bingung dengan sikap pembunuh-pembunuh dan pembuang-pembuang bayi di malaysia yang langsung tidak kenal erti belas kasihan. tidak perlulah bercakap tentang pengorbanan kepada mereka, kerana hanya manusia yang punya belas kasihan sahaja yang faham apa itu pengorbanan.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, merenung kembali kekhilafan diri. Apakah bakti kita terhadap ibu kita, cukupkah kebahagiaan dan kegembiraan yang telah kita berikan kepada ibu kita?

Malam semalam, saya menelefon mama seperti biasa. Namun, walaupun cuma panggilan telefon biasa sahaja, dalam hati saya, saya gembira kerana masih diberi peluang untuk bercakap dengan mama yang banyak berkorban dan mengalirkan air mata kerana anak-anaknya.

Ketika anak-anak saya sedang tidur dengan nyenyaknya, saya pandang wajah-wajah suci mereka, dan bayangan kisah pengorbanan ibu di China itu kembali lagi.

Anak-anak mama, mama bukanlah ibu yang terbaik di dunia ini. Tapi, insyaallah, cinta mama pada kalian, adalah cinta tanpa syarat. Cukuplah cinta ini sebagai alasan kepada setiap pengorbanan dari dulu, kini, dan selamanya. If you ask me, will you be doing the same thing as the above story for us mama? My answer will be, YES, i will do the same for my children.


***** masih basah dengan tangisan*****

No comments:

Post a Comment