Search This Blog

Friday, July 24, 2009

kapal terbang kertas dan secebis kenangan...


Jumaat minggu lepas saya dan rakan-rakan Sabah dikejutkan dengan berita menyedihkan. Seorang rakan kami telah dijemput menemui ilahi pada pagi Jumaat hari yang sama. Syafawati… masih terkenang-kenang wajahnya di ingatan saya. Tersa seolah-olah baru semalam saya bercakap dan bertemu dengannya.

Sepanjang lebih kurang 5thn usia perkenalan kami, arwah merupakan seorang yang sangat periang, dan juga seorang kawan yang baik. Tapi, di sebalik kemanisan wajahnya, tersembunyi penderitaan yang hanya dia seorang saja merasakannya. Arwah mempunyai penyakit yang saya sendiri tidak pasti apakah dia. Tetapi, pernah beberapa kali saya mendengar dia dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan. Cuma sekali sahaja saya pernah melawat dia di Hospital. Itupun kerana pada waktu itu saya mempunyai rakan2 yang tahu di mana dan bila dia di masukkan ke hospital. Tiada kenangan yang pahit bersamanya. Hanya kenangan manis2 belaka. Dan saya mmerindui semua itu.

Teringat saya pada kapal terbang kertas pemberian Syafawati kepada saya. Waktu itu, kami berada pada tahun pertama pengajian kami di uiam. Ada perjumpaan untuk membincangkan aktiviti anak sabah diadakan oleh Bro sabahan. Dalam perjumpaan tersebut, ada satu permainan yang menggunakan kapal terbang kertas dan arwah telah membuatkannya untuk saya. Setelah perjumpaan berakhir, kami, i.e. saya, salfarina, dan syafawati msih terus bermain kapal terbang kertas itu. Kini, kedua-dua salfarina dan syafawati telah pergi dahulu menghadap Ilahi.

Salfarina meninggal tidak lama selepas perjumpaan itu dalam satu kemalangan tragis. Syafawati pula meninggal pada minggu lepas kerana sakitnya yang selama ini dideritainya. Semoga mereka berdua dicucuri rahmat dariMu ya Allah… semoga setiap kesabaran mereka mengharungi detik2 kepayahan menghadapi kesakitan itu mendapat pahala di sisi Allah… Dan kini, saya merenung kapal terbang kertas yang pernah mencoret kenangan buat saya dan kedua-dua arwah dengan perasaan yang pelbagai… bilakah pula giliranku bertemu Ya Allah… semoga nyawaku kelak di ambil ketika aku benar-benar sudah bersedia menemuimu, Ya Allah…Aaamin….

No comments:

Post a Comment