Search This Blog

Sunday, July 31, 2011

Octavia untuk Iris (Part 2)

BAB 1

“Tasya! Tunggu! Tasya!” Ah! Cukup! Enough is enough! biar terkeluar anak tekak orang itu memanggil namaku. Aku tetap nekad dengan keputusanku. Sampai hati dia melakukan perkara ini kepadaku dan mama. I hate you daddy! Benci! Walau apapun yang berlaku selepas ini, aku tidak akan sekali-kali melangkah masuk ke rumah ini lagi. Aku tinggalkan rumah daddy dengan rembesan air mata kecewa.

“Tasya!” Ah, suara itu masih terus memanggil aku.

“Enough daddy! Cukup! Biar Tasya pergi, biar daddy dan perempuan tu bahagia tanpa Tasya di sini. Itu yang daddy nak kan?” Aku hamburkan segala kemarahanku kepada lelaki itu, biar dia tahu yang aku tidak pernah rela dengan semua yang berlaku selama ini.

“ Tasya, please, listen first!

“Tasya dah puas mendengar selama ini, Tasya dah tak sanggup nak jadi bodoh lagi. Tasya nak keluar dari neraka ni. Suka hati daddy la nak buat apa dengan harta daddy yang bertimbun-timbun tu, Tasya takkan tuntut. Jangan cari Tasya lagi!” ku hamburkan kata-kata itu seiring dengan langkah kaki ku meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangan pahit dan kebencianku. Selamat tinggal rumahku, selamat tinggal kenanganku, selamat tinggal semuanya…

Seperti yang kujangkakan, daddy hanya terpaku melihat pemergianku. Sudah semestinya dia tidak berkeras menghalang pemergianku, apatah lagi dengan pujukkan perempuan itu disisinya. Masih terngiang-ngiang ditelingaku suara perempuan itu memujuk daddyku. Ah! Pujuk konon! “Sabarlah sayang, kejap je tu, nanti esok-esok dia sejuklah balik tu, alah…budak-budak, biarkanlah, lagipun, berapa lama dia nak duduk kat luar, dia bukannya ada duit, nanti dia baliklah sini bila dia dah kebulur nak makan.” Ooo kau panggil aku budak? Perempuan tak guna! Aku akan buktikan yang aku boleh hidup tanpa daddyku. Satu masa nanti, kau akan menyesal dengan segala perbuatan kau terhadap aku dan mama. Aku benci kau!

Air mataku masih belum berhenti mengalir walaupun rumah itu sudah jauh ku tinggalkan. Aku tidak sedar ke mana langkah kakiku membawaku. Aku hanya kembali ke alam nyata selepas menyedari yang aku tidak membawa apa-apapun untuk membayar tambang teksi setelah aku berada di dalam teksi yang ku tahan. Nasib baik telefon bimbitku ada bersamaku. Hmmm… aku nak pergi mana? Mama? Jauh di London. Mungkin sekarang mama sudah dalam penerbangan ke Paris. Ah mama. Bahagia berbulan madu, tapi aku ditinggalkan dengan neraka dunia di Malaysia.

Hmmm… ha, aku tahu, Syifa! Dialah satu-satunya sahabat dunia akhiratku. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku mendail nombor telefon bimbit Syifa. Aku mengelap air mata yang masih membasahi pipiku, sendu tangisku masih belum berhenti.

“Hello, Tasya, napa?” Suara Syifa membuatku menghembus nafas lega.

“Syifa. Aku nak tumpang tidur rumah kau malamni boleh? Aku dalam teksi sekarang, boleh tak?” lancar aku meminta jasa baik Syifa.

“ok…datanglah, tapi, kenapa? Suara kau lain macam je?”

“Nantilah aku cerita, thanks ya”

No problem, aku tunggu kau ye,” aku mengangguk walaupun aku tahu Syifa tidak melihat anggukkan ku.

“Err, one more thing, aku nak pinjam duit, bayar duit teksi, boleh?”

*****

Syifa menyambutku di hadapan rumahnya sebaik sahaja teksi yang kunaiki berhenti. Aku tak mampu menyembunyikan tangisanku sejurus melihat wajahnya. Tangisanku yang telah berhenti tadi kembali semula. Syifa terus memelukku.

“Its ok Tasya, aku ada.” Pujuknya sambil menghulurkan duit tambang teksi kepada pemandu teksi yang kunaiki. Syifa membawa aku masuk ke rumahnya sambil kedua-dua tangannya memegang bahuku. Tangisanku sebentar tadi sudah berhenti, yang kedengaran cuma sendu tangisku. Ya Allah... mengapa aku tidak kuat kali ini, mengapa ujianMu pada kali ini menewaskan kekuatanku selama ini. Syifa membiarkan aku menghabiskan sisa-sisa tangisku dengan senduku yang semakin lama semakin perlahan.

“Aku ambilkan kau minuman ye? Kau duduk kejap.” Sejurus selepas itu Syifa menghilang ke dapur. Tidak lama kemudian dia muncul semula dengan segelas air sejuk.

“Nah, minumlah, segarkan diri kau tu sikit.” Aku menyambut gelas yang dia hulurkan padaku dan terus menghabiskan isi gelas tersebut. Sungguh, aku memang betul-betul haus.

“Kenapa Tasya?” Syifa memulakan pertanyaan.

“My father.” Pendek jawapanku. Ku kira dia dapat mengagak apa yang berlaku apabila aku menyebut sebaris ayat itu.

“Mak tiri kau lagi ke?” Aku mengangguk.

“ Hmm... dia buat apa pulak kali ini?” ku pamerkan segaris senyuman luka sebelum menjawab soalan keramat itu.

“Aku tak tau, aku taknak menuduh, tapi aku rasa she’s the culprit. Daddy aku paksa aku kahwin dengan anak VIP mana ntah. Dah kemaruk sangat nak dapat gelaran Dato agaknya. Aku taknak, aku pun tak faham kenapa tiba-tiba daddy aku jadi gila macamtu. Tapi, yang pasti, alasan dia, sebab nak hidup aku lebih terurus dengan keluarga sendiri. Dia risau aku jadi macam dulu. Kau boleh terima tak alasan macamtu?” Aku menghela nafas panjang. Syifa menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kau agak, mak tiri kau punya idea ke?” Aku mengangguk sekali tanda setuju.

“ Kau pasti ke?” Tanya Syifa lagi.

“Seratus peratus sure.”

Ya. Memang aku sangat-sangat pasti. Beberapa hari sebelum ni, aku ada terdengar perbualan daddy dan perempuan itu tentang perkara ini. Cuma pada waktu itu aku tidak menyangka yang mereka memang agak serius dengan rancangan gila itu. Syifa dan aku diam agak lama. Masing-masing melihat ke arah skrin televisyen yang gelap. Aku tahu, Syifa bersimpati dengan keadaanku dan dia tidak bercadang untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang hal ini. Dalam hati, aku bersyukur punya sahabat sebaik Syifa. Kau lah sahabatku dunia akhirat.

“Tasya, kalau kau nak tinggal kat rumah aku, aku tak kisah. Sampai kiamat pun takpe. Kau tak payahlah balik rumah ayah kau lagi. Kau tinggal dengan aku ye, lagipun parents aku tak selalu ada kat sini. Abang dan kakak aku pun masing-masing dah kahwin, ada rumah sendiri. Parents aku pun dah biasa dengan kau.

“Aku tersenyum mendengar pelawaan Syifa.

“Thanks sahabat...” aku memeluknya sambil berbisik. Air mataku tumpah lagi. Kau memang sahabatku dunia akhirat. Syifa menepuk belakangku.

“Aku tahu kau sayangkan aku,” aku hanya tersenyum mendengarnya. Ya, memang aku sayangkan kau Syifa...

1 comment:

  1. sebab takmo buat tanggapan melulu jadi sabar menanti part 3..

    ReplyDelete