Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Saya terkenangkan Cikgu Bedah...


Salam...
Profession perguruan yang amat mencabar ini menyebabkan saya terkenangkan sebuah nama yang cukup memberi pengaruh dan kesan terhadap diri saya.

CIKGU BEDAH.

Saya amat terkenangkan Cikgu Bedah.
Senyumannya...
Kebaikannya....
Cara pengajarannya...
dan yang paling penting, kesabarannya dalam mendidik pelajar-pelajarnya.

Cikgu Bedah amat sabar,
Walaupun terpaksa melayan karenah pelajarnya yang pelbagai,
Walaupun pelajar-pelajarnya cukup nakal,
Cikgu Bedah sangat sabar.

Cikgu Bedah masih tersenyum walaupun pelajarnya memberi alasan bodoh seperti:
"tidak mahu ilmu keluar dari kepala, sebab itulah saya pakai helmet dalam kelas cikgu!"
atau...
"Saya nak perah otak ni cikgu, sebab tu kena ikat kepala dalam kelas. Cikgu kan suruh kami perah otak!"

Cikgu Bedah masih tersenyum.

Saya cuba mencontohi semangat Cikgu Bedah yang bercermin mata besar itu.
(Cikgu Azalan dan ustaz-ustaz ketawa terbahak-bahak melihat cermin mata besar Cikgu Bedah)

Saya cuba tersenyum apabila Timothy dan Amjad (pelajar saya) mengangkat pemadam kebakaran masuk ke kelas, memberi alasan bahawa kawan mereka yang tidak masuk-masuk ke kelas selepas rehat 5 minit telah disumpah menjadi pemadam kebakaran. Saya senyum saja.

Saya cuba bersabar dengan pelbagai jawapan dan alasan pelajar-pelajar yang sudah dewasa ini yang menyakitkan hati sekiranya ditanya mengapa mereka tidak datang untuk ujian.

Saya cuba untuk bersabar walaupun ada di antara pelajar-pelajar ini yang bersikap agak biadab dengan saya.
Mahu bersangka yang baik-baik sahaja untuk mereka.
Saya masih sudi menganggap bahawa mereka adalah anak-anak muda yang perlu bimbingan yang berhikmah.

Saya cuba untuk bersabar...
Masih cuba untuk mencontohi Cikgu Bedah yang tenang, yang menyayangi pelajar-pelajarnya dengan ikhlas.

Cikgu Bedah memang istimewa. Semangatnya ku kagumi, kesabarannya ku kagumi.

Kini dia sudah pergi... menghadap Ilahi kerana terkorban dalam pergaduhan-pergaduhan pelajar-pelajarnya... Cikgu yang Istimewa, sehingga akhir hayatnya masih diabadikan untuk pelajar-pelajarnya... Saya terkenangkan Cikgu Bedah.


* Cikgu Bedah ialah watak lakonan saya yang dilakonkan ketika sekolah menengah dahulu. Walaupun cuma watak lakonan, tetapi cukup memberi kesan dan semangat kepada rakan-rakan seperjuangan tercinta ketika zaman persekolahan dahulu. TEMAN-TEMAN, KAMI RINDU KAT HAMPA SUMA.

No comments:

Post a Comment