Search This Blog

Sunday, October 3, 2010

Bukanlah aku untuk menghakimi mereka......




Bukanlah aku untuk menghakimi mereka...
Dan aku tidak layak sekali-kali mencemuh mereka...
KEnapa begini sekali keluhan hati?
Kerana...

"Saya tahu lah puan ni baik, wanita sempurna, mawar berduri, kebanggaan suami puan, tak layak untuk duduk bersama saya, dan saya pun tak layak mendampingi puan, sebab saya ni kategori BETINA macam dalam blog puan tu. Saya tahu, puan mesti mencemuh saya dalam hati puan, ye lah, saya kan ahli neraka."

Wah! terkedu saya mendengar luahan hati seorang gadis yang asyik merenung saya sepanjang kelas berjalan. Rupa-rupanya, pada akhir waktu, dia menghampiri saya sambil meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap penulisan saya dalam blog saya.

Lantas saya menjemput gadis itu duduk.

"Kenapa begitu sekali luahan kamu?"

" saya kecil hati dengan pandangan puan. Kenapa begitu sekali Puan memandang golongan seperti saya. Puan tak layak memberi kategori kepada orang macam saya sedangkan puan tidak mengenali saya sedalam-dalamnya. Puan tak layak dan tak adil buat macam ni!"

Tegas sungguh hujah yang diberikan pada saya. Ya Allah, beriku kekuatan agar aku tidak memberikan pandangan yang menyebabkan anak muda ini lebih jauh dariMu ya ALLAH.

"Zahrah...(bukan nama sebenar) Zahrah marahkan saya kerana pandangan saya dalam blog saya tu ya"

"lebih kurang la..."

" mmm... okay, sebelum itu, boleh saya bertanya sesuatu?"

"apa dia Puan?"

"Zahrah rasa, berapa lama kah masa yang perlu di ambil untuk kita mengenali seseorang itu? Maksud saya, kenal betul2, hati dan peribadinya, segala2nya tentang orang itu?"

"KAlau saya, sepuluh tahun pun tak cukup. mengenali seseorang itu merupakan satu proses yang berterusan, boleh jadi sampai ke mati."

Saya tersenyum, bijak sungguh dia memberikan pendapat.

"mmm betul. So, Zahrah rasa, adilkah Zahrah mengadili dengan pelbagai perkataan Zahrah tadi sedangkan Zahrah cuma berpandukan tulisan saya dalam blog tu?"

Zahrah diam.

"Zahrah... apa yang saya tulis memang dari hati, kategori2 itu bukan untuk menghina kaum wanita, bukan juga untuk membataskan golongan2 wanita yang boleh bergaul dengan saya. Saya cuma mengatakan tentang realiti. Realiti kita sebagai wanita. Kerana wanita yang solehah itu sama sekali tidak boleh disamakan dengan wanita yang tidak menjaga dirinya."

"Tapi, Puan seolah-olah menghina wanita2 lain dengan kategori2 yang Puan berikan."

"ZAhrah, baca tak betul2 blog tu, bukan saya yang memberikan kategori2 itu, tetapi, saya cuma berkongsi pandangan orang lain. Mungkin juga dia silap, tapi, ada satu kategori yang tidak mungkin akan silap. iaitu kategori Mawar Berduri. Kerana, kategori itu, layak mendapat pengiktirafan pada kelasnya yang tersendiri dan tertinggi, bukankah Allah sendiri katakan bahwa wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari2 syurga?"

"Dan ingat Zahrah, Pandangan lelaki itu tidak meletakkan penghinaan terhadap wanita2 yang diberi kategori itu. dia cuma membezakan sahaja, tidak lebih dari itu. Saya sendiri, tidak meletakkan diri saya pada mana2 kategori, biarlah ALLAH yang menilai saya."

ZAhrah angguk.

"lagi satu, pernahkah saya menyombong diri, mengelak diri dari bergaul dengan wanita2 lain, tak kisahlah bertudung ke tak?"

Zahrah geleng.

" Ha...! nampak tak, saya masih mahu bergaul dengan semua, dan tidak sedikit pun dalam hati saya mahu menilai kamu semua, Allah jua yang mengerti hamba-hambaNYa. saya tak layak Zahrah..."

"Zahrah, saya ada ramai kawan yang biasa2 saja, pakai tudung biasa saja, memang saya pakai tudung besar, tapi saya masih bersahabat dengan mereka. Macam yang saya katakan, nilaian Allah yang penting, saya tak menilai mereka semua. Entah2 darjat mereka disisi Allah lebih tinggi daripada saya."

Zahrah angguk lagi.

"Tapi, Zahrah kena ingat, sebaik mana pun sangkaan hati saya terhadap Zahrah, tidak bermakna saya tidak mengharapkan Zahrah berubah menjadi lebih baik dari ini. Zahrah sendiri pun tahu kan, rambut itu aurat, sebahagian tubah yang terdedah itu perlu ditutup? betulkan?"

Zahrah angguk sambil tersengih2.

"Saya sayangkan Zahrah, sebab itu saya teringin lihat Zahrah berubah, saya tak cukup baik, tapi tidak salah kan saya berdoa untuk perubahan kita bersama? agar kita sama2 menjadi lebih baik?"

"sesungguhnya, sifat muslim yang baik ialah dia mencintai saudaranya yang lain. Saya cuba untuk menjadi lebih baik. Zahrah pun cubalah berubah..."

"tapi, saya belum dapat hidayah lah Puan. belum terbuka hati, lagipun kan dalam islam tidak ada paksaan."

"Zahrah, Hidayah itu milik Allah, tidak akan datang kalau kita tidak memintanya, hati taidak akan terbuka kalau kita sendiri tidak berusaha untuk membuka hati kita. betul tidak ada paksaan dalam islam, tapi Zahrah kena ingat, Ayat "TIDAK ADA PAKSAAN DALAM ISLAM" itu, bukan dalil untuk kita tidak memaksa diri kita mengikut perintah ALLAH. Dalil itu sebenarnya untuk situasi lain, tapi kita yang memesongkannya kerana mengikut nafsu sendiri."

"Hmm....Puan, saya rasa tenang, saya tak sangka puan gila2 dalam kelas tapi bila timbul hal macam harini, puan jadi macam orang lain. JAdi macam ustazah. Hehe."

"Saya kan "ustajah Law" hehe, mmm, mengenali seseorang itu bukan hanya dalam waktu yang singkat kan? Ini lah saya, ada sisi pada diri saya yang ramai masih tidak tahu"

Zahrah senyum
"Puan, terima kasih kerana berkongsi ilmu, dan maafkan saya kerana tuduhan melulu saya tadi."

"No problem, ilmu Allah...okay, Zahrah, saya ada kelas lagi lepas ni, apa2 hal zahrah boleh terus jumpa saya ye"

"Insyaallah...Thanks Puan..."

Saya mengatur langkah ke muka pintu, sempat saya menoleh ke arah Zahrah yang masih duduk memerhatikan saya,

"Zahrah, dalam diri kamu, ada satu sisi yang dekat pada kebaikan, yang dekat pada Allah, janganlah sia-siakan sisi itu... Ingat Zahrah, Allah mencintai kamu."

Saya tinggalkan Zahrah dengan doa, semoga Allah membuka hatinya, dan, semoga Allah menjadikan saya lebih baik daripada saya yang sekarang ini... Aaaaamin....






2 comments:

  1. such a beautiful advise,,,,
    sungguh terkesan,,,,
    doakan saya juga segera mndapat hidayah dari-NYA..
    amin,,,

    ReplyDelete
  2. Semoga usaha saya menulis ini boleh memberikan kebaikkan kepada ummah yang lain, tiada yang lebih menggembirakan selain daripada titik2 perubahan daripada saudara seislam, insyaallah, kita sama2 berdoa agar kita semua tidak lepas daripada pandangan rahmah Allah...aamin..

    ReplyDelete